Catatan

Kawan dunia, kawan akhirat

Kawan dunia, kawan akhirat. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم  بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. Saudara-saudaraku muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.  Hari ini mari kita mengambil salah satu dari hikmah-hikmah pedoman yang penting yang ditunjuki oleh Allah SWT bagaimana untuk selamat hidup diatas dunia dan terpelihara dari terjerumus kepada kebinasaan. Marilah bersama kita mengamalkannya dan kongsikan bersama saudara-saudara kita yang lain. Pasti Allah SWT akan mengurniakan nikmat kepada kita. Al-Kahfi 18:28 وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا  Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping ra
SEBARKAN AL-QURAN Memahami Al-Quran السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاه والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. Selalu kita dengar orang memberi alasan, tidak kira apa bangsa sekalipun tetapi khasnya orang Melayulah berkata, "macam mana nak faham Al-Quran, kan dalam bahasa Arab". Sebenarnya sikap ini telah disindir oleh Allah SWT di dalam surah Fussilat 41:44. Cuba kita perhatikan betul-betul. Fushshilat 41:44 وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًىۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa y

YAKIN?

Untuk mendapat kejayaan dalam sesuatu kerja, seseorang itu mesti yakin yang dia boleh berjaya. Kalau dia tidak yakin, dia tentulah ragu-ragu. Orang yang ragu-ragu adalah orang yang tidak mantap tekad hatinya. Bila hatinya tidak mantap, sudah pastilah tujuannya untuk berjaya sudah mulai pudar. Bila tujuan sudah pudar pastilah tindakan yang dibuat sudah tidak bersungguh-sungguh lagi. Bila ini terjadi, kejayaan yang cemerlang sukar untuk diperolehi kelak!!                 Oleh itu mantapkanlah keyakinan kalau ingin berjaya. Keyakinan apa? Keyakinan yang kita boleh berjaya. Bagaimana untuk mendapat keyakinan itu? Mantapkan, bulatkan tekad anda, tumpukan tujuan anda, fokuskan matlamat anda, tentukan dengan jelas apa yang hendak anda capai dan katakan dalam diri “ Apa pun terjadi, aku mesti berjaya! Aku mahu berjaya! Orang lain  boleh berjaya, aku pun boleh berjaya!” Bila tujuan sudah jelas di fikiran dan keazaman dibina dalam diri, keinginan mula meresap di jiwa dan keyakinan akan datang

BUANG DAN HAPUSKAN PENYAKIT HATI SUPAYA IMAN DAPAT MASUK KEDALAM HATI.

                Apabila seorang anak muda dari keluarga yang tidak berada menasihati seorang pembesar yang telah tua dan kaya-raya pula supaya jangan berjudi, jangan minum arak dan membuat perkara maksiat, apakah reaksi pembesar itu agak-agaknya? Ditambah lagi kalau   nasihatnya itu dengan suatu amaran tentang pembalasan,   tentulah perkara ini akan menimbulkan konflik pada diri pembesar itu! Walaupun nasihat anak muda itu betul tapi untuk menerimanya memerlukan suatu kekuatan dari segi kemurnian hati dan kematangan pemikiran. Jika nasihat anak muda itu betul, banyak tahap-tahap nilaian diri yang dimiliki oleh pembesar itu mesti dipertimbangkan. “Orang muda mengajar orang tua”, “Orang miskin menasihati orang kaya”, “Orang bawahan memberi ingatan kepada orang besar”. Itulah sebahagian dari sekatan sekatan dalam mental pemikiran yang membawa kehancuran.                 Untuk mengakui dan mempercayai kebenaran hakikat, seseorang itu perlu mempunyai hati yang bersih dan pemikiran yang war

PERCAYALAH.

                Apakah sebenarnya yang dinamakan percaya? Percaya boleh juga bermakna yakin atau “iman”. Apa contohnya ‘percaya’? Contoh mudahnya umpama persoalan, “ Satu tambah satu ialah dua”.  Adakah anda percaya kenyataan ini? Ya, sudah pastikan? Kalau anda kata ‘tidak’ pasti ada sebabnya . Samada anda ada alasan lain atau anda hendak tunjuk pandai. Jadi percaya adalah sesuatu yang diakui benar oleh hati dan akal. Pengalaman lalu dan pengakuan orang ramai menjadi bukti hakikat kebenaran itu. Tidak siapa yang menyangkalnya. Itulah percaya.                 Ini adalah untuk persoalan yang boleh  dijelaskan/dibuktikan dan kelihatan oleh mata tetapi untuk perkara yang tidak nampak (ghaib) untuk menjelaskannya adalah agak sukar sedikit . Umpamanya angin. Semua orang tahu adanya angin, boleh merasanya, boleh menggunakannya tetapi tidak nampak. Namun orang mengakui yang ia ada. Bagaimana pula dengan nyawa(roh)? Adakah kita boleh merasakannya dengan tangan? Kita tidak boleh merasa roh deng

IMAN, YAKIN, PERCAYA – BERBUAT BETUL – BERPESAN

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم وَالْعَصْرِ(1)إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ(2)إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(3 Demi Masa !   Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabar an. Mari kita merenungi ayat ini.                 Betapa pentingnya masa sehingga kadang-kadang orang mengatakan yang dia tidak ada masa untuk sesuatu perkara, untuk membuat sesuatu perkara, untuk mempelajari sesuatu perkara kerana dia sibuk dengan sesuatu perkara lain yang lebih penting. Dia percaya dan yakin, jika dia meninggalkan pekerjaannya yang mustahak itu dan membuat perkara lain dia akan rugi kerana masa yang digunakan itu tidak dapat dipusatkan khusus untuk matlamat yang ingin dicapainya dengan jaya. Keinginannya yang kuat terhadap sesuatu perkara membuatkan dia mengabaikan perkara lain yan

PELAN SIAPA DAN APA.

PELAN SIAPA?                 Pelan yang perlu kita ikuti ialah pelan yang dibuat untuk sampai ke matlamat yang hendak dicapai. Pelan itu mestilah satu yang terbaik sahaja dan perlu diikuti sampai jaya. Kalau seandainya kita pada awalnya mengikut satu pelan dan kemudian bila sampai ditengah jalan ikut pula pelan yang lain dan seterusnya pelan lain pula, itulah akhirnya kita tidak akan sampai kemana. Badan penat, tenaga habis, masa terbuang, duit membazir,   kerja tidak menjadi dan lebih malang lagi perbuatan kita itu sia-sia belaka. Lebih dahsyat lagi mungkin kita akan mendapat kutukan.                 Kalaulah kita ikut satu pelan yang terbaik dan kekal padanya, sebentar saja kita sudah sampai ke matlamatnya. Ini adalah satu hakikat semulajadi kehidupan. Tidak payahlah kita mempunyai banyak matlamat kalau satupun tidak tercapai. Biar satu tapi tercapai dengan jayanya. Itulah jalan yang ringkas.                 Itu adalah contoh cara untuk mencapai matlamat. Matlamat kita sendiri, impia